Selamat datang semua sahabat istofaikumullah dalam program

Seribu Hati, Satu Doa Anjuran MyQuran Academy

Pada pagi penuh keberkatan ini, kita tidak bersendirian.
Ada hati-hati yang berkumpul dalam satu tujuan…
mendekatkan diri kepada Allah dan menghidupkan waktu dengan kalam-Nya.

Sempena memperingati Nuzul Al-Qur’an,
malam turunnya wahyu pertama yang menjadi cahaya dan petunjuk buat seluruh manusia.

Jom bersama dalam Bacaan Yasin, Tahlil & Doa pada Sabtu pagi ini,
mengisi waktu dengan zikir, doa dan ayat-ayat suci Al-Qur’an.

Barangkali…
pagi ini menjadi saksi doa-doa paling ikhlas kita.
Dan setiap doa yang dipanjatkan bersama,
Allah dengar dengan penuh kasih.

Semoga dengan keberkatan Al-Qur’an yang diturunkan,
Allah lembutkan hati kita dan menjadikan kita sentiasa hidup bersama Al-Qur’an hingga akhir hayat.



Kami daripada MyQuran Academy yg ditubuhkan bagi menggerakkan pendidikan Al Quran dalam masyarakat menggunakan platform "Online & Offline (mengaji dari rumah)" dan secara fizikal bermula dari asas Quran sehingga khatam di seluruh negara termasuk luar negara seperti Singapura, Brunei , Abu Dhabi dan Indonesia. Alhamdulillah peserta mengaji semasa di Pusat Pengajian MyQuran Academy telah mencecah lebih 10,000 orang. 


MyQuran Academy ini adalah sebuah tempat di mana hati kembali bertaut dengan al-Qur’an, di mana jiwa menemui ketenangan melalui tadabbur, dan di sinilah perjalanan memahami kalam Allah benar-benar bermula. Melalui kelas bacaan al-Qur’an, pengajian bahasa Arab al-Qur’an, serta program-program bermanfaat yang lain, ruang ini didedikasikan untuk membantu komuniti memperkukuh hubungan mereka dengan al-Qur’an dan, akhirnya, dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala.


Kongsikan ya tentang program ini, biar lebih ramai orang mendapat manfaat. 
Ikuti kami di media sosial @myquranacademy.co @hazwaniche untuk video tajwid & quran yg bermanfaat setiap hari 

bagi yg berhajat menghadiahkan sedekah buat insan tercinta yang telah pergi, boleh disalurkan sempena majlis Yassin & tahlil ini. 

Niatkan pahala ini sebagai cahaya di alam barzakh, tanda kasih yang tak pernah putus. ????️

Apabila manusia meninggal dunia, terputus amalannya kecuali tiga: sedekah jariah, ilmu bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.”
(HR Muslim)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Infaq Bacaan Yassin Tahlil , doa & Cenderahati (seikhlas hati)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN